Finally aku dapat jugak buat blog sendiri..selama ni dok baca blog org apa salahnya try kan..?
Aku bukannya seorang yang istimewa untuk dikongsi bersama teman tapi sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mengisi kelapangan jiwaku. Dari seorang yang gila bekerja kini bertukar kehidupan menjadi seorang penggangur a.k.a surirumah. Bukan segembira yang disangka, hidup umpama katak dibawah tempurung. Otak semakin membeku tatkala teman2 sedang bergembira menjalani kehidupan aku terperosok di utara semenanjung dengan pemikiran semakin menyempit, menjalani tugas2 yang selama ini tidak dijangka..
Kadang-kala cemburu melihat dan mendengar pengalaman menarik teman2ku tapi aku pula seperti roda. Situasi dan pengalaman sama setiap masa. 24hb ogos ini genap setahun aku menjalani kehidupan yang agak membosan TAPI kehadiran Arief Haikal sedikit sebanyak mengisi kebosanan dihati. Permata hatiku!
hai cukkkk..
BalasPadamcmne blh jmpa ni..