Mesti kebanyakan korang2 yang baca ni dah tau pasal aku kan..mudah jer..jom permudahakan perjalanan hidupku...
1982 : lahirlah seorang puteri pada 11 mei baka dari pn.naraani dan en.husin maka terlahirlah seorang bayi diberinama Haniza Aina.
1983:berumur setahun...
1984-1987: entah..dah lupa la proses perkembangan...
1988 : tadika di Tadika KEMAS alor merah
1989-1993:dari darjah 1-5 di Sek Keb Seri AMar DiRaja, ALor merah
1994: memngabil UPSR di Sek Keb Taman Uda..tak pandai pun..takder A lgsg.
1995-1999: form 1 di SMK Sultanah BAhiyah sehingga form 5
2000-2001:Tingkatan 6 di SMK Sultanah Asma
-tamat-
2002 kerja di MAcro Penang lebih stengah tahun..
2003-2006:masuk UNITAR dgn mengambil jurusan pengurusan setelah tidak mampu menerusakan pengajian pentadbiran perniagaan. Alhamdullilah tamat pengajian pada 2006 (seorang graduan)
:disamping itu byk kerja2 partime yang dibuat. antaranya
-(2003)salesgirl di Butik Kapas Conture di Giant Kelana Jaya
-(2004)trainer PLKN di Kem Benum Hill Raub Pahang selama 2 sesi
-(2005)service crew di Secret Recipe, Giant Kelana Jaya
- (2006)alam pekerjaan di pejabat pertama d Swiss Garden International V.club as admin officer kemudian
-.(2006-2007)berpindah company di Compugates Sdn Bhd as sales coordinator
-sekarang-ibu mithali ! ewahhh
Khamis, 26 Jun 2008
HidupKu
Finally aku dapat jugak buat blog sendiri..selama ni dok baca blog org apa salahnya try kan..?
Aku bukannya seorang yang istimewa untuk dikongsi bersama teman tapi sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mengisi kelapangan jiwaku. Dari seorang yang gila bekerja kini bertukar kehidupan menjadi seorang penggangur a.k.a surirumah. Bukan segembira yang disangka, hidup umpama katak dibawah tempurung. Otak semakin membeku tatkala teman2 sedang bergembira menjalani kehidupan aku terperosok di utara semenanjung dengan pemikiran semakin menyempit, menjalani tugas2 yang selama ini tidak dijangka..
Kadang-kala cemburu melihat dan mendengar pengalaman menarik teman2ku tapi aku pula seperti roda. Situasi dan pengalaman sama setiap masa. 24hb ogos ini genap setahun aku menjalani kehidupan yang agak membosan TAPI kehadiran Arief Haikal sedikit sebanyak mengisi kebosanan dihati. Permata hatiku!
Langgan:
Catatan (Atom)